Material yang tahan lasak
Diperbuat daripada bahan yang tahan lasak dan mempunyai ketahanan untuk penyimpanan sampah sementara. Tidak kira jenis sampah yang anda buang material tong sampah besar kami tidak mudah pecah dan retak dan boleh digunakan berulang kali tanpa rosak.
Walaupun diletakkan di bawah terik matahari tong sampah ini akan kekal berfungsi dengan baik tanpa berubah bentuk.
Pelbagai jenis, saiz, warna dan bentuk untuk memenuhi keperluan anda
Tong sampah komersial yang bersaiz besar sesuai dijadikan sebagai tempat penyimpanan sampah sementara di stor-stor sampah sebelum dipindahkan oleh pihak penyelenggara.
Kapasiti yang besar akan membolehkan lebih banyak sampah yang boleh di isi dan mengelakkan sampah bertaburan di atas lantai.
Manakala tong sampah yang kecil sesuai untuk pejabat dan kediaman untuk sampah-sampah harian. Selain itu terdapat juga tong sampah bersaiz sederhana untuk pusat-pusat komersial dan tempat-tempat awam dengan pelbagai warna dan fungsi yang menarik.
Mudah untuk diselenggara
Tidak kira apa jenis tong sampah yang anda gunakan, semua tong sampah kami adalah sangat mudah diselenggara. Dihasilkan dengan material kalis air dan mudah dibersihkan, kerja penyelenggaraan kini menjadi lebih mudah.
Terdapat juga tong sampah yang mempunyai roda, penutup kedap air hujan, dan kedap bau. Semuanya bergantung kepada keperluan anda.
Harga yang berpatutan dan kompetitif
Tong Sampah yang kami tawarkan adalah kompetitif di dalam pasaran tidak kira sama anda ada membeli satu unit atau secara pukal. Kami memberikan tawaran menarik dan harga yang berpatutan untuk semua jenis tong sampah yang anda perlukan.
Penyelesaian masalah sampah
Tiada lagi masalah sampah bertaburan di atas lantai. Dengan penyelesaian ringkas, pengurusan sampah dan bahan buangan kini menjadi lebih senang, hanya pilih tong sampah yang sesuai dan letakkan di kawasan tumpuan umum.
Tiada lagi alasan sampah tidak dibuang di tempat yang sepatutnya kerana tong sampah tidak cukup atau terlalu jauh dari kawasan tumpuan awam.